Skip to main content

Posts

Buku Rekod PAJSK Sekolah Rendah

Buku Rekod PAJSK yang digunakan di Sekolah. Ia diisi secara offline oleh guru penasihat kelab. Buku ini juga menjadi dokumen rujukan untuk pengisian secara online. Perlu dijaga sebaiknya agar rekod ini tidak hilang begitu sahaja. Buku ini lebih mudah digunakan untuk merekod aktiviti kokurikulum.

Panduan PAJSK Sekolah Menengah

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH ( PAJSK – Sekolah Menengah ) Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah kepada m

PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum PAJSK merupakan perkara penting yang perlu ditekankan oleh murid-murid. Setiap aktiviti di luar bilik darjah akan dinilai melalui program berikut: 1. Segak 2. Kokurikulum 3. Ekstra Kurikulum Terdapat 2 cara pengisian PAJSK iaitu secara online dan offline. Secara online melalui laman web berikut: Pajsk Online :  pajsk.moe.gov.my Manakala secara offline menggunakan Buku Rekod dan Rumusan PAJSK. Setiap murid akan menerima buku rekod ini dan hendaklah membawanya setiap kali perjumpaan kokurikulum. Bagi sekolah rendah kebanyakannya di simpan oleh guru. Rujuk juga Panduan PAJSK Sekolah Menengah