Skip to main content

Panduan PAJSK Sekolah Menengah

PAJSK sekolah menengah
GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH (PAJSK – Sekolah Menengah)

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30).

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama.

Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

OBJEKTIF

  • Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
  • Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
  • Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).
  • Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
PANDUAN PEMARKAHAN

Terbahagi kepada tiga komponen
  • SEGAK
  • Kokurikulum:
- Kelab Persatuan
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan
  • Ekstra Kurikulum
UJIAN SEGAK

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan Menengah. Ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

KOKURIKULUM

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:
i. Kelab/Persatuan
ii. Pasukan Badan Beruniform; dan
iii. Sukan/Permainan
Mesyuarat juga menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam (6) elemen.

Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum samaada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan.


Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari, kerana itu PAJSK diwujudkan.



Comments

Popular posts from this blog

PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum PAJSK merupakan perkara penting yang perlu ditekankan oleh murid-murid.


Setiap aktiviti di luar bilik darjah akan dinilai melalui program berikut:

1. Segak
2. Kokurikulum
3. Ekstra Kurikulum

Terdapat 2 cara pengisian PAJSK iaitu secara online dan offline.

Secara online melalui laman web berikut:
Pajsk Onlinepajsk.moe.gov.my

Manakala secara offline menggunakan Buku Rekod dan Rumusan PAJSK.

Setiap murid akan menerima buku rekod ini dan hendaklah membawanya setiap kali perjumpaan kokurikulum.

Bagi sekolah rendah kebanyakannya di simpan oleh guru.

Rujuk juga Panduan PAJSK Sekolah Menengah

Buku Rekod PAJSK Sekolah Rendah

Buku Rekod PAJSK yang digunakan di Sekolah.
Ia diisi secara offline oleh guru penasihat kelab.

Buku ini juga menjadi dokumen rujukan untuk pengisian secara online.

Perlu dijaga sebaiknya agar rekod ini tidak hilang begitu sahaja.






Buku ini lebih mudah digunakan untuk merekod aktiviti kokurikulum.